Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru

Harini 16 Mei, maknanya hari guru. Teringat dulu zaman sekolah rendah. Saya selalu mintak mak or ayah belikan bunga or coklat nak bagi kat cikgu sebagai tanda perhargaan.

Bila masuk sekolah menengah, hanya awal-awal beli hadiah untuk bagi cikgu masa hari guru. Selepas tu harga ucapan 'selamat hari guru' diberi pada guru. Bila masuk universiti, ucapan tu hanya kadang-kadang diucap.

Saya sangat appreciate jasa guru-guru yang pernah mengajar saya. Saya takkan dapat sijil-sijil kalau bukan sebab mereka. Terima kasih cikgu.

Cakap pasal cikgu, cikgu yang paling saya ingat dan terkesan kat hati saya, Cikgu Azni, cikgu matematik masa saya tingkatan 1 or 2..Tak ingat tingkatan berapa, tapi masa tu dia masih muda dan ajar tuisyen kat saya dan rakan-rakan. And cara dia treat anak murid dia pon macam kawan-kawan.

Satu benda yang saya ingat pasal cikgu ni, kadang-kadang ada soalan yang kiteorang tak reti jawab, and dia pon kadang terconfuse. So solution, kami sama-sama buat soalan tu sampai dapat jawapan. Kalau tak dapat jugak, kadang-kadang dia tanya isteri dia yang masa tu still belajar kat UKM.

Kenapa saya masih ingat nama dia? Entah, mungkin sebab cara dia yang sempoi dan macam kawan-kawan. Terpikir, mana ye dia sekarang.. Masih mengajarkah. Terasa teringin nak jumpa balik cikgu ni.

Apa-apa pon, Selamat Hari Guru kepada guru-guru.. Jasamu dikenang dan pergorbananmu tak ternilai dengan wang ringgit. Each of your student who successful and become who they become is all because of you. Thank you.

No comments: