Monday, May 14, 2012

Kain putih dah jadi kain bercorak

Dulu masa masih kecil, masih belajar di tadika dan tidak reti membezakan yang mana bagus, yang mana tak bagus, orang tanya,

"Adik nanti besar nak jadi apa?"

"Tak tau..Nak jadi pramugari kot. Dapat naik kapal terbang hari-hari.."

Realitinya, masih kecil dan  taktau pekerjaan lain yang best selain pramugari.

Bila darjah satu, bila sesi suai kenal, orang selalu akan tanya,

"Best tak belajar kat sekolah?"

"Best"

"Kenapa?"

"Ada kawan ramai.."

"Cita-cita nak jadi apa bila besar nanti?"

still, jawapan masih sama.. "Pramugari.."

"Kenapa?"

"Dapat naik kapal terbang. Dapat melancong merata tempat dengan free.."

Pasti ramai yang tertanya-tanya macam mana boleh tau pasal pramugari. Masa kecil dulu, masa ayah saya masih baru dalam business, ayah berkongsi pejabat dengan sepupu kepada sepupu emak. Dan aunty ni selalu bawa saya pergi makan-makan bila ayah dan mak sibuk. Selalunya dia bawak saya berjumpa anak-anak buahnya yang ada seorang bekerja sebagai pramugari dan not to be surprise, semua adik-adiknya jadi pramugari sekarang.

So being a naive little girl, disogokkan dengan kenyataan yang jadi pramugari boleh terbang di awan biru adalah sesuatu yang sangat mengujakan.

Naik darjah 4 atau 5, masuk persatuan dan bila mana waktu suaikenal, cikgu akan suruh perkenalkan diri dan apakah cita-cita bila dewasa nanti,

"Nama saya Azliza. Anak kedua dari 3 adik-beradik. Cita-cita saya bila besar nanti nak jadi peguam.."

Mana pulak dapat tau pasal peguam? Bila masih kecil kita kan didedahkan dengan tv. Dari situ secara tak langsung kita akan kenal pekerjaan-pekerjaan yang kita, yang waktu itu akal masih belum matang, rasa kerja itu profesional dan sangat hebat.

Jawapan kepada pertanyaan nak jadi apa bila dewasa masih sama sampailah tingkatan 1. Bila masuk tingkatan 2, bila dapat tahu yang nak jadi peguam kena mahir subjek sejarah, jawapan kepada pertanyaan itu bertukar.

"Nak jadi akauntan.." itu jawapan saya.

Sebabnya? Saya dibesarkan dalam keluarga yang ada latar belakang akaun dan business. Ayah dulu belajar dalam bidang business/akaun. Mak, dalam bidang akaun. And both of them are working in accounting field sebelum masing-masing berhenti untuk menjalankan perniagaan sendiri. Manakala uncle saya merupakan antara nama yang dikenali dalam bidang banking. Which is part of accounting field. Dan masa saya di sekolah menengah, cousin saya meneruskan dalam bidang akaun. Diri yang naif yang tidak tahu nak jadi apa setelah habis belajar hanya mengikut apa yang didedahkan. Accounting seems nice. Just go with the flow, kata orang. Lagipon kakak saya pon teruskan belajar dalam accounting field.

Bila lepas PMR, orang suruh pilih aliran apa nak, cousin saya yang lain yang ceburi dalam bidang medic tanya, kenapa tak ambil aliran sains, jawapan saya, "Tak minat.."

Padahal dalam diri ni tak yakin dengan diri sendiri boleh score in bio, physics and chemistry. Jadi ambil la aliran semi sastera which basically all basic subject plus econ, add maths and accounts.

Bila orang tanya nak jadi apa, diri ini masih blur. Masih taktau nak jadi apa. Jadi jawapan selamat,

" Nak jadi orang berjaya.."

"Jadi orang berjaya macamana?"

"Berjaya in all aspectlah.."

"Oh, ada kereta, rumah sendiri ke, macam tu.."

"Ya, maybe..."

Habis SPM, diri macam terkapai-kapai so mintak advice dari uncle.. Dia bagi suggestion actuary science, accounting, interior design based on my result.

Saya, sebagai orang yang terdedah dengan bidang account dan business rasa macam nak lari dari kebiasaan. Mula nak pilih interior design since my uncle cakap, it's not about design je. Kena pandai maths jugak. Tapi diri ini percaya, rasa macam tak cukup kreatif untuk masuk bidang design-design. So pilihlah actuary science as first choice and if i'm not mistaken, accounting as 3rd choice.

Bila keluar result kemasukan ipta, agaknya sudah tertulis, macamana kita cuba lari dari kebiasaan, kalau sudah ditakdirkan, kita tetap tak boleh lari. bak kata orang, if it meant to be, it meant to be. Saya ditawarkan diploma perakaunan.

So i go with the flow walaupon hati memberontak. Dalam kelas hati hanya separuh-separuh. Tak suka belajar ni, so ambil mudah semua benda. Bilamana 1st sem diwajibkan dapat at least 3.00 cgpa since saya belajar diploma fast track, saya hanya tetapkan diri belajar ala kadar. Belajar hanya sekadar lulus dan dalam hati mintak agar pointer saya at least 3.00 sebab taknak kena buang ke branch dan terus dengan diploma biasa. Bila kita belajar setakat apa yang kita nak, memang itulah yang kita dapat.

Masuk sem 3 or 4, mula rasa sangat tak best dan nak berhenti. Tapi sebab mak mintak teruskan, jadi teruskanlah sampai habis diploma. Habis diploma, rasa nak ambil bidang lain tapi nak keluar dari uitm sebab rasa banyak subjek yang tak relevan pon terpaksa ambil, unlike private college. So, berehat dekat setahun sebagai tanda rebellious. Nak masuk private ayah macam taknak bagi. 

Bila da setahun tak buat apa mula rasa macam sampah masyarakat. So apply jela degree kat ipta. So, guess what, dapat lagi bidang account. Kali ni degree in accountancy pulak. Bila da berhenti belajar lama, otak agak beku. Kata pada diri, kalau ada 1 subjek fail, berhenti teruslah. Agaknya Allah nak tunjuk inilah bidang saya kena ceburi jugak. Saya antara less than 25 people the whole batch of 70 plus yang pass this one killer subject walaupon betul-betul atas par. So again, teruskan jelah..

Masa ni saya dah putus asa. Dalam hati rasa, takpelah, belajar jelah apa pon. Tak minat pon takpe. Asal nanti habis belajar dapat degree dan boleh dapat kerja.

Bila dapat degree, kerja dalam bidang yang dulu sangat tak disukai. Tak kisahlah, asal tiap-tiap bulan dapat gaji.

Tapi dalam hati masih terpikir, bidang apa yang saya minat sebenarnya. Dan semua yang kat luar tengah bekerja tu, diorang kerja dalam bidang yang diorang minat ke?

Sekarang, kalau orang tanya, cita-cita dah tercapai ke?

"Ntah...Sebab saya tak confirm cita-cita saya apa.."

Kalau orang tanya lagi, "Cita-cita sekarang apa?"

"Nak jadi orang biasa-biasa yang hidup dia sederhana tapi takde yang kurang, ada keluarga yang bahagia dunia dan akhirat. Ada anak, insyaAllah.. Kalau kena kerja pon takpe, sebab nak tanggung hidup kat dunia ni. Dah tak kisah minat ke tak.. Tapi saya macam minat bidang bakery sekarang ni.."

Kalau orang tanya lagi, "Macamana progress?"

"InsyaAllah, in progress jadi orang yang bahagia.."

In short, bila kita masih kecil, pengaruh orang dan keadaan sekeliling memang mempengaruhi.. Sebab tu lah orang cakap anak kecil itu ibarat kain putih. Kita yang dewasa yang mencorakkan. InsyaAllah kalau anak depan mata nanti, saya nak corakkan dengan corak-corak yang menarik. InsyaAllah..





No comments: