Sunday, September 5, 2010

Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya AllahMaha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya” -Surah Al Baqarah : 216-.

Saturday, August 28, 2010

1 year 1 month

Without i realised it, i have been working for the same company for a year and a month. Okay, i still remember asking for opinions whether i should accept the offer. And i still remember date i've been offer the job. It was on 27 April 2009. I remember because it was the same day i have final examination. Most of the friends i asked, give the same poinion. That is, just work for a few months first just to gain experience. Okay, i've the same opinion so i accept the offer since i didnt get my result yet. What's the harm of working and get some experience before looking for the best job right. The first week of my job, i have to go to ssm alone which makes me nervous since i never went there alone. I have to go to 3 places. Ssm, KWSP and bank. I humiliated myself in all three places. haih..

I still remember telling myself that i want to work there just for a few months, at least 6 month to gain experience. then i should look for a better opportunities as i didnt earn much. My father still support me in certain ways since my salary is quite low for degree qualification. But what i love about that company is that, they treat you like a family. When the practical student have to leave the company, there's always a farewell party. Which is a gain to the fellow staff. Makan free ok..

I love the environment but frankly, i hate the job. Doing accounts, auditing, tax and admin job is not my passion. but all of it, i hate being a ceti. When i have to call the clients for payment, it really gives a butterfly in my stomach. haih..lagi2 bila client tu janji, 'ok, next week saya bayar' and when i call him next week, his answer is still the same,'ok, next weeklah saya bayar..'. Itu belum lagi cerita pasal kena maki hamun dengan client yang suruh dahulukan duit untuk dia..Atau client yang berlagak bagus cakap dia boleh deal dengan bos je. Staf- staf macam kami ni hanya kuli yang tak layak deal dengan dia. Ok, masa tu rasa macam hina je jadi pekerja. atau dapat client yang mula-mula ok tapi lepas dia kena 'cucuk' with other family members sebab ada family issues, datang ofis marah2 kat kami. Cakap account kami tak lengkapla, whatsover..the thing is that, documentation tak cukup. Bak kata audit manager saya, document macam taik, account pon macam taiklah..ni pon dah cukup baik kami create account cantik-cantik cuma sebab tak cukup documentation, memangla takde detail semua. The client siap ugut, 'jangan terkejut kalau nanti ada lawyer or amanah raya datang ofis nanti check'.

Working in the field that required us to deal with human gives me hedache sometimes. Betul la, rambut sama hitam, hati lain-lain. I have problems with bos at first since she's quite outspoken. Tapi kakak ofis cakap, dia orang banjar kan..kadang-kadang memang kasar cara cakap dia..Tapi saya pon tak kisahlah..as long as i have an awesome colleagues.

Macam-macam terjadi dalam setahun saya bekerja ni. Dari suka, duka, and peristiwa-peristiwa yang tak dapat di explain scientifically.. Selalunya saya orang pertama yang akan sampai kerja, so sebagai orang pertama memangla jadi tugas bukak semua suis. Masa bukak semua suis tu, tertengok dekat tv yang purposely pasang untuk tengok sapa kat luar ofis. Ada sorang part-timer ni baru sampai, Saya tengok je sebab nampak ada budak kecik ikut dia dari belakang. peliklah kan kenapa bawak adik pergi ofis. So bila dia masuk, saya tanya die, ada sapa2 kat belakang ke tadi. Dia cakap, mana ada..Saya cakap, "ha, bukan mimi bawak adik ke tadi..".. dia marah saya cakap mana ada siapa-siapa..Saya duduk terdiam sekejap.. Erm saya pasti nampak budak tadi..

Atau pon cerita seterusnya, ada sorang staff ni selalu datang awal pon macam tu, tiba-tiba rasa ada orang tengah pandang dia tapi bila toleh, takde siapa dan bulu roma terus naik lepas tu. Or cerita terbaru, my audit manager ni datang ari ahad sebab nak siapkan kerja and binding since isnin nak jumpa client. Binding machine kat dalam bilik bos, so since dia takde kunci, wat macam biasala..jadi mcgyver. slalunya aksinya berjaya but banyak kali try tak boleh-boleh. so bila dia toleh belakang, nak masuk balik dalam ofis kteorg, dah jauh dari pintu bilik bos tu, tib-tiba pintu bilik bos terbukak dengan sendiri. Dia terkejut tapi sebab lelaki kot, tak bother sangat siap boleh cakap,'terima kasihla ye, tolong bukakkan'. ok, gila..saya dan kakak-kakak ofis cakap, kalau tu kami, memang dah berlari terus turun bawah. tak kisah nk kunci-kunci pintu dah.. macam saya cakap mgkn akan tunggu di bawah, tunggu sapa-sapa teman saya untuk kunci balik ofis. macam ada sorang lagi akak btau, dia akan berlari tinggal semua benda kat atas. bekerja di sana buat saya lebih percaya lagi kewujudan makhluk-makhluk Allah selain manusia. dulu percaya cuma sebab tak pernah alami sendiri kan..

ok, conclusion nya, saya suka dan tak suka kerja di sana. suka kerana family environment kat sana. tak suka, kerjanya..peningla nak adjust-adjust account..pening juga nak deal dengan client-client yang tak reti bahasa..and kadang-kadang menakutkan bekerja kat tempat yang saya percaya ada makhluk lain..haih..

Wednesday, August 25, 2010

cerita mistik

Ok tajuk je agak menakutkan..takut ke? Hehe.. Da setahun rupanya saya bekerja di tempat yang sama. Nanti tu akan diceritakan kemudian. Arini saya nak cerita kisah semalam.. Dalam bulan puasa ni, tiada rehat untuk kami since balik awal. 4.05..ok, 415 tapi jam ofis cepat 10 min. Jadi sy mmg balik awal la..tapi masa tengahari ada tadarus. Kira tadarus tu rehatla..

Perempuan hanya bertiga termasuk saya jadi kami hanya duduk bersila di bwh, dekat meja 2 akak ni..tengah2 ada kipas. Nak dijadikan cerita, sorang akak ni ada kerja urgent so sy n sorang lagi akak mengaji dulu. Masa turn akak ni, sy diam dengar dulu, tiba2 cam akak sorang ni yg tengah siapkan kerja toleh tengok sy, tengok kipas..sy terdiam tengok kipas di sebelah saya. Tau tak kenapa..kipas tu tak bukak awal2, tiba2 terbukak dengan sendirinya. Yg akak tgh berkje ni sgt pasti sbb die tengah panas tiba2 rasa sejuk. Sy pon prasan, mana ada on kipas td..

Persoalannya, siapa bukak kipas tu? Obviously takde sapa..ada sorang staff laki cakap mungkin da on, cume suis longgar then terlanggar tu yg tiba2 on. Tapi, kami bertiga duduk kat tempat masing-masing..macamana nak terlanggar?

Jeng jeng jeng

Wednesday, July 28, 2010

berjalan kaki

Haritu masa parking di mydin and jalan kaki, saya rasa macam2..'Macam ni rasanya bila kita jalan kaki ada kereta laju lalu sebelah kita' ' owh, macam ni rasanya macam akak ofis cerita bila tengah jalan2 ada kereta lalu langgar lopak air sampai basah satu badan' 'macam ni rasanya bila tak ada kereta nak ke mana2' 'patutla orang cakap bahaya orang perempuan jalan sorang2'..bila on the way ke ofis saya bertembung dengan pekerja2 india/orang asing yang bkerja di mydin. Rasa macam risau sikitlah. Dengan kereta yang laju tak kisah langsung orang berjalan kat tepi. Bila nak lintas rasa macam takut padahal selama ni ok je.. Baru saya tahu betul-betul kepayahan orang. Selama ni tahu cuma yelah, tengok orang dengan mengalami sendiri kan lain rasanya. Sehari je saya berjalan dari mydin. Takut punya pasal.hehe..

Tapi kurang-kurang saya dah belajar. Kita betul2 kena hormat penjalan kaki. Patutla selama ni saya bising sebab ada penjalan kaki yang jalan macam nak pegi shopping masa lintas jalan depan kereta yang sebabkan saya kena berhenti, tunang saya cakap, 'biar, memang macam tulah..takkan nak berlari..' Ok now saya betul2 paham..hehe..

Monday, July 26, 2010

bersyukur..

Selalunya pagi-pagi kat tepi2 jalan kawasan perumahan ada orang yang sapu jalan sebab ada banyak daun jatuh. Normally saya tak pandang sangat sebab dalam kepala ni nak sampai cepat kat ofis so that boleh balik kul 5 instead of 530 kalau masuk lambat.Tapi semalam sebab saya keluar awal sikit sebab nak experience jalan kaki pegi kerja. Meaning parking kat mydin then pegi ofis jalan kaki. Jimat takyah byr parking n dapat exercise indirectly.hehe. Btw, sebab semalam datang awal, saya bawak kereta slow sikit. Tak rushing macam selalu. Bila kena berhenti di traffic light, saya tengok luar layan perasaan. Nampak cleaner yang sapu daun2 tepi jalan tu. Tiba-tiba terbit rasa insaf dan rasa sebak sikit. Kerja cleaner tu is sapu daun-daun kat tepi jalan. Kadang2 panas disebabkan terik matahari. Tak kurang dengan kereta2 yang laju pagi2 sebab taknak terlewat pegi kerja. Kemalangan boleh berlaku kat mana2 pon kan. Dalam hati saya terdetik, 'kerja ni banyak risiko, gaji pon tak seberapa tapi dia sanggup jugak kerja. Mesti untuk menanggung diri dan mungkin keluarga. Saya yang kerja dalam aircond tak kena panas terik matahari, kerja menghadap komputer je pon merungut..' Semua kerja ada 'pros and cons' nya kan. Patutlah orang cakap manusia ni jarang yang bersyukur dengan apa yang dia ada kan..

Owh ya, nanti saya cerita 1st experience berjalan kaki gi ofis.hehe..tapi takla jauh sangat. Dalam 10minit jauh je jarak dia..

Monday, July 19, 2010

Dedicated to 'someone'

I've already dedicate this song to someone and i manage to make him 'tak keruan' malu2..wohooo~~..haha.. tapi lupa nak bagi lagu ni .this songs is for you (you know who you are..)..Haih i have to write in english sebab bila tulis in bm macam agak jiwang..hehe..

Message to him:

I want to spend the rest of my life with you. When people asked me what do i see in you, what makes me falling for you, I couldnt satisfy them with my answer because i dont know the answer. What i do know is that, i saw everything in you. it's like seeing a mirror and you see reflection of yourself. that's a part of what i saw in you. i saw a man who loves me, who i loved, who i wanted to get married with. a man who can take care of me. a man who loves his family, a man who meant everything to me..

actually i wanted to write this night before we get married but i'm afraid if i forgot my words. and besides, you're quite busy and i dont think you manage to read this now.. i'll be waiting for you..lagi 2 bulan 12 hari.. or 73 hari lagi..hehe






Cinta adalah misteri dalam hidupku
Yang tak pernah ku tahu akhirnya
Namun tak seperti cintaku pada dirimu
Yang harus tergenapi dalam kisah hidupku

Reff :
Ku ingin slamanya mencintai dirimu
Sampai saat ku akan menutup mata dan hidupku
Ku ingin slamanya ada di sampingmu
Menyayangi dirimu sampai waktu kan memanggilku

Ku berharap abadi dalam hidupku
Mencintamu bahagia untukku
Karena kasihku hanya untuk dirimu
Selamanya kan tetap milikmu

Back to Reff

Di relung sukmaku
Ku labuhkan s'luruh cintaku
Di hembus nafasku
Ku abadikan s'luruh kasih dan sayangku

hati kapas

Bila duduk sorang-sorang, termenung sorang-sorang, banyak benda ada dalam pikiran ni.. Teringat banyak benda yang jadi yang tiba-tiba buat hati ni rasa sebak sikit bila dah dekat nak kahwin.

Contoh..macam haritu masa 27 June..Haina and difa plan buat surprise for my birthday..Masa tu rasa sangat sebak..macam, 'ok, ni macam last birthday as single and lepas ni apa-apa priority masa birthday or special day mestilah dengan husband dulu kan..nanti susah sikit nak berjimba dengan diorang lagi..' barulah paham perasaan and reaction diorang masa mula-mula btau diorang yang saya nak kahwin dah..

Okay nak tau reaction diorang? Nangislah..Terasa sangat disayangi masa tu..hehe..n sebagai orang yang macho, saya tak nangis masa tu..but then, bila tarikh makin dekat, bila pikir-pikir, mula datang sebak tu..okay, saya mengaku dah makin sememeh..ni sebab kawan dengan mereka2 yang sememeh la ni, hyne dfa amy suma sememeh..(eceh2 nak salahkan diorang pulak..hehe)

Itu dengan kawan2. Bila dengan family sendiri....erm..awal-awal macam tak pikir apa pon. Tapi bila dah makin dekat, lagi banyak berpikir..Mula teringat yang lepas ni, lepas dah berumahtangga, saya dah jadi tanggungjawab suami saya..patuh dan taat saya dah jatuh no 1 pada suami. Mula rasa sebak lagi..Tambah-tambah masa haritu pegi jumpa tok kadi mintak approval n cop nak nikah semua. Ayah bawak 2 orang saksi. Tok kadi tu tanya ayah samaada ayah nak nikahkan saya sendiri atau nak wakilkan dia nikahkan. Kawan-kawan ayah cakap,'kau nikahkanla..' Ayah terdiam. Nampak ayah tengah nervous dan tengah berpikir. Kemudian ayah bersuara,'kalau kita buat 2-2 boleh? macam standbylah. Sekurang-kurangnya kalau masa tu saya kaku nervous, ustaz boleh cover. Saya takut nanti saya nervous, pengantin laki lagi nervous, kang habis kang..'

Okay, masa tu, saya terasa sangat..macamana heh nak cakap..terasa lah..undescribe feelings. Kemudian tok kadi tu suruh wakalah wali dekat dia semua. Dia mintak ayah baca sentence kat dalam borang tu, "saya Abdul rahim mewakilkan ustaz.. untuk menikahkan anak saya azliza dengan hairudin and bla and bla.."

Masa tu pon, nampak ayah macam sangat nervous. Baca pon ada salah-salah..Masa tu dah rasa macam-macam. Rasa sangat sebak..okay, baru sekarang paham kenapa pengantin perempuan selalu menangis lepas akad.. Padahal dulu tak pernah paham, selalu pikir, kang benda happy, kenapa nangis..Sebab saya bukan jenis yang menangis kegembiraan semua tu.

Hati saya dah jadi kapas sikit..kenapa heh..haiyok..

Tapi takpelah, yang penting, saya dah dapat kelulusan dari pejabat agama nak menikah pada 1 Oct 2010 ni..weeee~~ hehe.. Difa selalu cakap saya gedik kalau cakap pasal hal2 kawen ni. Sebenarnya saya saja nak bagi dia jeles..haha.. (jangan marah aku dfa..haha)

Btw, doakan yang terbaik untuk saya dan tunang ye.. insyaallah..