Saturday, June 30, 2012

Musim buah

 Sekarang musim buah durian n rambutan kan.. Terasa air liur meleleh craving for all this fruits..


manggis

durian

pulasan

Tuesday, June 26, 2012

Tips untuk bapa menyusukan anak ketika ibu tiada di rumah

Untuk bapa-bapa di luar sana yang mengalami masalah untuk menyusukan anak ketika si isteri keluar, boleh cuba cara di bawah..hahaha




Makanan & permainan yang mengamit masa lalu..

Have you guys eat this during your childhood?



or this?

Beli tora/dingdang untuk dapat permainan yang ntahpape dalam tu..




or play this? tiup2 keluar belon..hehe


main batu seremban?


Main congkak?



I have. And i miss all this stuff. Budak-budak sekarang main game dalam ipad, ps3 and others. Dulu, kalau beli ding dang or tora, lebih kepada nak tengok dapat permainan apa dalam tu. Then makan biskut coklat die yang kecik-kecik tu macam sangat nikmat. hehe. Kalau makan & main permainan yang kita pernah main masa kecil dulu orang akan cakap kita buang tebiat tak? Terasa nak pegi beli ding dang and tora, main batu seremban and congkak sekarang jugak..

Thursday, June 21, 2012

Makanan johor

I went to Johor Bahru last thursday for a business matching that organized by MITI. Being there, meeting with a several of people make me learned more on human behaviour. Eceh macam phyciatrictrist pulak. But seriously, meeting others changde my perspective in so many things. Some introduced me their product, what it is and everything but some show me how they try to change the world with their product. Either way, this is not the story i wanted to tell.

I sat with some VIPs while having breakfast. I think he's from one of the department that gave loan to bumiputera to start their business. He told that some people who took loan from them were fine but there's some that his staff encounter where when they went to asked for repayment, they show their gun and whatsoever. My reaction? Gilos. Dah pinjam duit orang, kalau tak boleh bayar, mintaklah masa. Tak payahla ugut-ugut tunjuk pistol, parang segala.

But the main story is not that.. hehe. While talking with him, he asked where we came from. My sister and I answer, subang. He said that he has cousin who lives in subang. He said that he often travel to KL and so on. And he said, " Tak tau kenapa tapi pergi mana-mana, makan tu macam susah nak terima. Walaupon masak lauk sama ke apa, tapi agaknya sebab saya orang johor, tekak dah biasa makan masakan johor and orang johor masak, rasa lain je.. Kalau nak rasa sama, makan kedai mamak kat sini, then compare kat sana, memang samalah.. Kalau tak, macam rasa tak sama je makan kat KL dengan kat sini.."

My answer, "aah paham2, suami saya orang johor pon macam tu..." haha

Tapi betul lah, bila saya makan kat johor especially area2 kampung encik suami, memang sedap. Mungkin sebab ada makanan yang takde kat sini. Macam masak lemak pecel, sambal godok, etc2. Tapi mungkin sebab orang johor pandai masak. Bila balik kampung or makan kat rumah kakak ipar, saya memang makan banyak. Sebab kakak ipar saya pandai masak. Haha bodek je lebih. Tapi betul... Haih...terasa nak makan nasi ambeng.. Tak tercapai lagi hajat..Takpe2, encik suami akan dikerah cari nasi ambeng..hehehehe


Sunday, June 17, 2012

Just to share

I found this through internet and i remember that i always recite the same doa before i get married. Doa ni sesuai diamalkan untuk mereka yang belum berkahwin dan ingin berkahwin dengan pasangannya. Yang dah berkahwin pon boleh amalkan.

Alhamdullillah, i think it works tapi semuanya kuasa Allah. Before i got married, my officemate recommend me to recite this doa because she said that she recite it after solat, dan semakin dia doa, semakin rapat dia dengan pasangannya. Andai kata kita dah baca doa ni, kita tawakal dan berserah kepada Allah dan nampak seperti kita dijauhkan dari pasangan itu, tidak kiralah bagaimana cara sekalipon, kita bertemu orang lain, ataupon halangan keluarga atau bagaimana sekalipon, redha lah. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui. Kadangkala kita rasa pasangan/benda itu baik untuk kita, dah perfect dari pelbagai segi, agama etc2 tapi sebenarnya Allah tahu pasangan/benda itu tidak baik untuk kita. Kadangkala bila kita rasa pasangan/benda itu tidak baik untuk kita, tapi sebaliknya pasangan/benda itu yang terbaik untuk kita dari pandangan Allah.


Ni sebahagian doa yang saya baca, saya tambah setelah ayat di atas,

Ya Allah Ya Tuhanku
Seandainya Dia bukan milikku dan terlahir untukku
Jauhkanlah kami,
Berilah petunjuk kepadaku siapa yang jadi milikku dan terlahir untukku
Redhakanlah hati ini untuk menerima siapa jodohku
Sesungguhnya Engkau Yang Maha mengetahui

Waallahualam..

Monday, June 11, 2012

New experience

Yesterday i went to sent my cousin to his engagement at jalan klang lama. And this is my first time of learning about pakistan culture. Since my cousin's fiancee tu ada blood pakistan, their culture is quite different with what i've experienced. To them, engagement is something big. And they didnt accept duit hantaran whatsoever. Pelik kan.

Bila sampai rumah pihak perempuan, we were welcomed with 'balingan bunga rampai'. Ala, gaya2 ala macam yang dalam cerita kita tengok dalam cerita hindustan yang bila ada pihak datang, diorang baling sort of bunga rampai etc2..

Kalau ikut culture melayu bila bertunang, lelaki selalunya tak masuk rumah dulu. Bila habis berbincang barulah lelaki tu masuk. Malah, ada yang lelaki tu tak datang langsung. But with their culture, lelaki tu siap masuk rumah and duduk sekali.

Bila semua da pihak lelaki dah duduk and settle down, my first thought is berbincang dulu. What happen is, bacaan doa dari pihak perempuan. My thought was, 'eyh, kalo culture kita, berbincang2 dulu then bila semua dah capai persetujuan barulah baca doa tanda kesyukuran. Mungkin baca doa dulu kot. Baru berbincang.'

So next, habis baca doa, keluarga perempuan jemput pergi makan kat luar. Ok, saya dah pelik di situ. Takde bincang-bincang ke? Mungkin sebab dah tengahari, jadi jemput makan dulu baru bincang. So pergilah makan. And memula i wonder what they will serve sebab my aunt cakap diorang ni pandai buat capati. Sedap sangat. So tengok-tengok nasi beriani. Bila tengok lauk, ada ayam goreng berempah, ayam bakar, and kambing masak apa saya pon taktau. Tapi nampak sangat menyelerakan. Jadi saya yang kebulur ambik kambing agak banyak. Haha.. Then ada sambal belacan and sambal yang kaler putih-putih macam yang ada kat kedai mamak tu.

Bila da ambil makanan semua dan duduk di meja, tuan rumah cakap duduk je, nanti diorang akan serve. Manalah kitaorg tau kalo tak diberitau kan. And waiter tu letak lauk kat meja kami. And after eating lauk kambing tu, terasa sangat-sangat sedap. So apa lagi, dengan muka tak malunya, ratah lauk kambing and ayam goreng. Sungguh tak malu. Hehe

Bila dah kenyang, kami di jemput masuk semula. Katanya nak tukar-tukar hantaran dan ada upacara 'segen' ke apa, i dont know how to spell. So duduklah tunggu pengantin perempuan turun. Bila dia turun, my cousin were asked to sit beside her dekat pelamin. Then tangkap-tangkap gambar and startlah upacara 'segen' tu. Kami yang taktau apa-apa tengoklah macamana orang-orang tua pihak keluarga perempuan ni buat. Upacara ni involve suap-suap manisan kat kedua pihak and letak duit kat kain yang diletakkan kat atas peha kedua pasangan. Mula-mula pusing duit atas kepala, then letak duit, and suapkan manisan. Nasib baik ada almond and kismis dalam banyak-banyak manisan yang ada tu, my cousin bisik suruh bagi almond. Dah tak larat nak makan manisan kot. Tunang dia pulak bisik suapkan dia kismis je. Haha boleh tak.. At first, i dont want to do it tapi since my uncle mintak tolong and dah siap-siap bagi each one of us envelope berisi duit, i do it. Terasa sangat kekok and macam culture hindu pon ada but it was fun.

Habis upacara tu, pasangan ni siap pergi tukar baju ok. Bila da tukar baju, baru sarung cincin. Lepas sarung cincin, potong kek pulak. Quite long jugak majlis diorang ni sampai saya rasa penat sangat-sangat. Bila duduk-duduk tunggu semua nak settle, diorang serve manisan. Makanan mereka i guess. Sedap jugak. Tapi taktau nama. Bila semua dah settle, semua pon da balik dulu sebab belum zuhur, tinggal my family and my uncle's family je. My mom cakap dah boleh balik sebab da angkat hantaran semua. Bila kaki nak melangkah keluar je, guess what, diorang start menari. Teruja sekejap. Betul2 macam pertunangan ala bollywppd yang kita tengok dalam cerita hindustan tu. Haha. Budak-budak yang menari. Tapi sempat tengok sikit je sebab dah tak larat. Overall, it was new and fun experience.

Macam-macam budaya ada di malaysia ni rupanya..hehe



    my cousin and his fiancee. teruja tengok baju perempuan yang macam jenis2 yang kajol pakai. haha..and my cousin pon pakai baju ala-ala salman khan gitu.. nice..hehe


Saturday, June 9, 2012

A simple answer that make my day

My sister lives in shah alam for a while when his husband took a week leave from work in sabah. There's a shop near her apartment that sells a lot of halal food includes frozen food etc2.

So today i texted her, "Akak, nanti nak balik subang tolong belikan rotab.."

Unexpected answer i can say,

" Rotab tu apa? Roti ke?"

me, laughed so hard before i answer her,

" oi..kurma lah....."

She text again.. "serbuk kurma ke?"

me? want to laughed and cry at the same time... hahahhaha

Rotab tu, bagi yang seangkatan dengan my sister, buah kurma basahlah... hahaha

Wednesday, June 6, 2012

My latest craving

I love to read cook book. Read, not looking for any recipe to do. Yelah, mana tau tiba-tiba tengok gambar and datang hidayah nak buat kan. I took majalah rasa from my mom's room and started to look at the recipe. Actually, the picture. hehe. Majalah rasa at that month were showing juadah jamuan raya. And i saw nasi ambeng. And i suddenly drools.. Orang jawa cakap ngences. haha. To be frankly, i never knew about the existence of nasi ambeng until i meet my husband. He told me about it when he was away on offshore. And that day was during fasting month. I remember the day i went to bazaar ramadhan in subang. I saw nasi ambeng for the first time so i bought it. Beli kat subang memanglah mahal kan. Bila time berbuka, rasa nasi ambeng for the first time.

"Sedap..." But again, i thought because it was breaking fast, apa pon sedap. For those who didnt know, nasi ambeng consist of plain rice, lauk either ayam goreng or kicap, sambal goreng jawa, ikan masin, serunding, kerabu, meehon/mee. Frankly, i was shocked to eat so much lauk with nasi, takde kuah and meehon/mee. Mana pernah budak bandar ni makan nasi berlaukkan meehon/mee. Jakun kejap.

Then after that, bila dah kawen, makan dengan en suami. Teringat rasa nasi ambeng tu sekarang..Makan kat kampung, pure orang jawa yang masak. Memanglah sedap. And again, masa tu buka puasa. And i remember that we went back to kl during fasting month. So we decided to start our journey petang-petang sikit so that tak rasa haus and lapar sangat. hehe. We went to the bazaar and bought some food which include nasi ambeng. Masa half journey, berenti bukak puasa, and both of us berebut-rebut makan nasi ambeng dalam kereta. Hehe. And when i asked my husband whether he remember that moment, he said he remember and that is one of our sweet memories. And lesson learned, makanan akan jadi lebih sedap kalau kita makan berebut-rebut dengan orang yang kita sayang. hehehe.

So ya, my latest craving is Nasi Ambeng.. Mana nak cari kat subang ni rasa yang sama macam orang jawa buat ye.. Tak susah nak buat tapi nak dapat rasa yang sama tu susah. Haih..



Monday, June 4, 2012

Kerabu Mangga

I'm suddenly craving for kerabu mangga so i asked my dad to buy mangga muda. And i make it today. Erm rasa mestilah tak macam kat kedai. But okla.. cuma terlebih udang kering and gajus tergoreng hangus. haha.. basically rasa masih ada masam2 and pedas sikit..hehe. However, dalam pic tak nampak menarik sangat. Those yang nak buat senang je, bahan-bahan kena ada mangga muda, carrot, cili padi, bawang (i didnt put it since dah tak boleh bau bawang sangat), udang kering (tumbuk kasar), sos ikan, gajus (tak letak pon takpe), garam and gula. Gaul2 and tadaaa.. ini hasilnya.. Nampak macam nasik pon ada..haha


Mix feelings

Lately, im thinking about my life in the future. I'll be moving to johor to be with my husband. I feel excited and scared at the same time. Im excited that i'll finally will start life with my husband, build our home together and make our own decision but scared that i'll leave my entire life here, in subang. I have been in subang my whole life. My family and friends were all here. I have no one in johor except my husband. So ya, i'm scared. My life would be bored if my husband went to work. He didnt work normal hours like others. Pegi pagi, balik malam. So he'll be tired. Dah susah nak ajak keluar jalan-jalan. hehe.

But i guess, there's always a beggining in everything we do. I remember the day I took driving classes. Getting the license. I'm scared but i want to have license so that i can drive anywhere, anytime i want. So i did it. I guess this situation would be the same. Scared to start over but everthing will turn out fine. (am motivate myself-i can do it).

So johor, please..please be nice to me.. Please be the place i would love and comfortable to be besides my hometown, subang. hehe. And en suami, please be understanding if I'm cranky at times when im in johor. I'll be leaving subang, the place i live my entire life for u. Hehehe

Cakap-cakap ni macam esok je nak pindah. Padahal rumah pon tak start renovate lagi. hehe