Dulu, masa sekolah menengah, saya selalu tengok je bila kawan-kawan ada boyfriend dan keluar dating dengan boyfriend diorang..
Bila kawan-kawan saya ada masalah dengan boyfriend diorang saya selalu dengar masalah diorang..
Bila kawan-kawan saya nak keluar dating dan takut parents marah and so on, nama saya selalu digunakan so that mereka boleh keluar dengan aman. kiranya kalau cakap keluar dengan saya, parents diorang bagilah keluar padahal tak keluar dengan saya pon.
Dalam hati terdetik jugak nak ada boyfriend masa sekolah..Nak tau perasaannya. Tapi bila fikir-fikir balik, bila tengok diorang menangis bagai nak rak bila putus dengan boyfriend masing-masing, takjadilah..buat apa menyusahkan hidup sendiri..Takde boyfriend tak semestinya tak cool kan..hehe..'Nantilah bila dah masuk universiti baru carik boyfriend', tu kata saya dalam hati.
Bila masuk universiti, pon tak ada boyfriend. Lumrah manusia kan suka tengok benda yang cantik-cantik, segak-segak. Jadi cuma tengok jelah mamat2 hensem dekat uitm tu. Dalam hati pernah jugak terdetik, hensem btul mamat ni, dahlah pandai(since blajar program yang nak pergi oversea)..
Bila dah habis diploma, menganggur dalam masa setahun. Duduk rumah je jadi tak jumpa orang dan bergaul. So manalah nak ada boyfriend kan.
Bila dah masuk degree, tetap single. Bila ada masalah dalam pelajaran ke or apa-apa je, pernah terdetik, 'kalaulah ada boyfriend, bolehla mengadu'..Tapi bila dah lama hidup sendiri, deal dengan masalah sorang-sorang dan tempat mengadu cuma mak dan kawan rapat,dah rasa tak kisah langsung takde boyfriend. Kalau nak boyfriend sebab nak mengadu je buat apa kan..
Bila tengok kawan-kawan ada yang dah kahwin..adalah risau sikit tapi still, setiap orang ada jodohnya kan. Kalau takde pon takpelah, hidup sendiri lagi best. Tak payah nak report duty pergi mana dekat sapa pon kecuali parents. Tak payah penat-penat nak jaga hati orang lain.
Ada kawan saya yang dah breakup pon dah ada boyfriend baru tapi saya tak ada-ada..tak pernah ada. Jadi saya cakap dekat kawan saya. Diorang ni dah couple break banyak kali pastu couple balik, saya tak pernah ada boyfriend pon. Diorang cakap, takpe, saya ni jenis jatuh cinta sekali pastu terus kahwin kot.. Saya suka aminkan apa diorang cakap..hehe..Diorang cakap lagi, bila dah banyak kali sangat couple, desire untuk bersungguh-sungguh sayangkan orang tu tak ada sangat. Sebab dengan yang previous bersungguh-sungguh sayangkan dia tapi tak kemana jadi lepas tu dah malas..Dah jadi takut nak bersungguh-sungguh..Jadi saya rasa, ada baiknya tak pernah couple ni.
Bila kenal dengan 'seseorang', saya hold dulu perasaan saya sebelum apa-apa jadi sebab saya takut sangat sakit putus cinta. Okay, saya tak pernah rasa tapi saya pernah tengok ramai kawan saya yang putus cinta. Nampak sangat sakit, saya pon dapat rasa tempiasnya so memang sangat nak elaklah kan. Dan lagi, saya selalu inginkan, biar first love saya jadi final love saya..Jadi masa tu memang sangat berhati-hati dan ada konflik dengan diri sendiri..hehe
Bila dah mula sayangkan orang, baru saya rasa macamana perasaan kawan-kawan saya dulu. Dulu, saya selalu bahankan diorang yang angau 24 jam.. Sekarang saya pulak malu sendiri bila ter angau..hehe..
Dulu, saya selalu pelik kenapalah diorang ni nak bermessage'an 24jam. Tak busan ke.. Rupa-rupanya bila kita dah sayang kat orang, kita nak sentiasa ada dengan orang tu 24 jam..Sekarang, baru paham. hehe. Apa yang dia minat, kita pon jadi excited nak ambil tahu pasal minat dia..
Sekarang baru saya paham, kenapa Allah jadikan manusia tu berpasang-pasangan..supaya kita saling lengkap-melengkapi..Sebab manusia tak ada yang sempurna 100 peratus. Ada kurangnya jadi apa yang kita kurang, dia boleh cover. Apa yang dia kurang, kita boleh cover.
Saya tau entry kali ni akan buat saya kena bahan. Tapi tak kisahlah..Semua orang pernah bercinta kan. Kalau tak pernah, tunggu sebab someone was meant for you. It just a matter of time.
I love when i'm in love. Cuma tulah, rasa cam sangat jiwang..Apa orang cakap, dalam hati ada taman? Isyh, tak rocklah macam ni..haha
No comments:
Post a Comment